25 November 2011

sifat malu membuahkan kebaikan

Kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja berpunca drpd kurangnya sifat malu dlm diri.
                      
Seseorang akan klihatan mnarik dan terpuji di sudut mata masyarakat apabila diri dihiasi dengan sifat terpuji yg mencerminkan kebeningan hati yg trsentuh dek sinaran ajaib iman. Oleh sbb itulah,malu mrupakan 2 perkara yg mmg tidak boleh d'pisahkan buat selama-lamanya sprti masin dan garam. Rasulluah SAW menegaskan:
"Malu dan iman itu adalah teman seiring sejalan,jika yang satu diangkat nescaya terangkatlah pula yg satu lagi."[HR Muslim]
             Apabila sifat malu tlh padam,seseorg tidak dapat mmbezakan yg mana benar dan salah,serta tidak lagi menyedari bahawa setiap perbuatan dan tingkah lakunya senantiasa diperhatikan oleh Allah SWT. Yang terledak di dalam fikiran mereka hanyalah memenuhi kehendak nafsu. Benarlah sabda Rasulullah SAW :
" Bahawasanya setengah yg didapati manusia drpd prkataan nabi yg trdahulu ialah apabila engkau tidak malu,maka kerjakanlah yg engkau khendaki."[HR Bukhari]
              Hadis di atas mengingatkan bhw kita x boleh brbuat ssuka hati krna ssungguhnya stiap prbuatan    akan mndapat blsn drpd Allah SWT,sprti yg dnyatakan dlm firman-Nya yg brmaksud :
" Berbuatlah sesuka hatimu,ssungguhnya Allah Maha Melihat apa2 yg kamu krjakan."[srh Fussilat:40]
               Kini,kita dapat menyaksikan bnyk kpincangan dan kemerosotan akhlak dlm kalangan remaja . Hal ini berpunca drpd terhakisnya sifat malu yg seharusnya dpertahankan oleh setiap individu Muslim. Ibu bapa haruslah mnanam bibit iman di jiwa anak-anak mereka dan mendidik amalan sifat malu sejak kecil. Maka akan lahirlah insan yg berhati-hati dlm melakukan ssuatu perkara agar tidak tergelincir kpd kebencian masyarakat dan kemurkaan Allah SWT. Saidina Umar ra meriwayatkan :
" Brg siapa yg berasa malu,maka akan bersembunyi. Brg siapa yg brsmbunyi maka akan brhati-hati dan brg siapa yg brhati-hati,maka mereka akan trjaga "
                 Kesimpulannya, malu mmbuahkan segala kebaikan sprti sabda Rasulullah SAW :
"Malu itu tidak dtg kcuali dengan mmbawa kbaikan."[HR Muslim]
dewan siswa Julai 2011